Aksi David Beckham Melakar Pokok Krismas Dengan Sepakan Tepatnya
Hiburan
MakanBola
Haig Club
Advertisements

Tular rakaman pemain bola sepak lagenda dunia, David Beckham berada dalam keadaan ‘sepah’ dan melakar gambar pokok krismas menggunakan bola.

Beliau menyepak bola tersebut dan terkena dinding mengikut adunan dan arahan otaknya.

Advertisements

David Beckham merupakan lagenda bola sepak England, Manchester United, Real Madrid dan PSG yang terkenal dengan ketepatan sepakan bebasnya semasa aktif bermain bola sepak beberapa tahun lalu.

Menerusi klip yang dimuat naiknya di Instagram, beliau menulis “Melakukan sedikit sepahan di tempat kerja hari ini.”

Advertisements

Video dimuat naik tersebut menerima perhatian pemain bola sepak dunia yang lain seperti Sergio Ramos.

Advertisements

Sepanjang karier profesionalnya sebagai pemain bola sepak, beliau telah menjaringkan 97 gol bersama Manchester United, Preston North End, Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-Germain.

Advertisements