Aksi Jerman Jadikan Liechtenstein Seperti ‘Patung’ Sepanjang 90 Minit Permainan
Eropah
Advertisements

Pasukan kebangsaan Jerman mudah menewaskan negara saudaranya sendiri, Liechtenstein dengan jaringan besar 9-0 di Arena Volkswagen dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Dua gol sendiri Liechtenstein pada minit ke-20 dan 89 antara yang menjadi perhatian selama 90 minit permainan selain aksi kaku seperti patung pasukan dengan populasi rakyat seramai 38,000 orang ini.

Ilkay Gundongan, Leroy Sane, Marco Reus, Thomas Muller dan Riddle Baku antara penjaring buat pasukan tuan rumah dan jaringan dijaringkan selang beberapa minit.

Advertisements

Jerman melakukan 42 sepakan ke arah gol dengan 23 darinya tepat ke gawang gol selain memegang 82% possession sekaligus mudah membelasah pasukan Liechtenstein.

Liechtenstein merupakan sebuah negara kecil di Eropah berjiran dengan negara Jerman dan majoriti penduduknya juga bertutur dalam bahasa Jerman.

Selepas 9 perlawanan, Jerman mendahului carta kumpulan J kelayakan Piala Dunia dengan 24 mata meninggalkan jauh North Macedonia yang hanya mengumpul 15 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram