Aksi Kebal 4 Pertahanan Tempatan Terengganu Dipuji
Piala Malaysia
MFL
Advertisements

Kemenangan selesa 2-0 Terengganu ke atas Selangor dalam suku akhir pertama Piala Malaysia dihiasi dengan aksi kebal jentera pertahanan Terengganu.

Tomislav Steinbruckner melakukan percaturan berani apabila membariskan 4 pemain tempatan iaitu Alif Zakaria, Safwan Mazlan, Shahrul Nizam dan Azam Azmi dibahagian pertahanan pasukan.

Aksi cemerlang gandingan dua pemain tempatan, Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam dibahagian pertahanan tengah pasukan turut dipuji apabila berjaya menghalang gawang gol pasukan daripada dibolosi jentera serangan Selangor.

Advertisements

Malah kedua-dua pemain berjaya menampilkan aksi positif menerusi kawalan bola yang baik dan berjaya meneutralkan serangan Selangor yang dibarisi Faisal Halim, Ayron de Valle dan Richmond Boakye.

Kehadiran Alif Zakaria dan Azam Azmi dibahagian pertahanan kiri dan kanan pasukan juga banyak kali berjaya mematahkan beberapa gerakan serangan daripada Selangor.

Tomislav Steinbruckner turut memuji aksi Safwan Mazlan dibahagian pertahanan tengah Terengganu dan menyifatkan pemain tersebut memiliki versatiliti untuk bermain diposisi pertahanan kiri dan pertahanan tengah dalam sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Beberapa penyokong Terengganu turut memuji aksi barisan pertahanan tersebut seperti:

Mohd Azrul Fahmi – “Mantap back 4 Terengganu.”.

Amir Bai – “Back 4 semua tempatan tapi kita berjaya kekang Miki, Ayron dan Richmond. Mantap alhamdulillah syukur.”.

Advertisements

Aksi cemerlang tersebut pastinya bakal menjadi pemangkin semangat bukan sahaja buat barisan pertahanan Terengganu malah buat seluruh pemain untuk terus merebut peluang membarisi kesebelasan utama pasukan kelak.

Terengganu bakal menentang Selangor bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia pada 24 September dengan kelebihan agregat 2-0 dan sekali lagi pada 29 September bagi aksi Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram