Aksi Kental Shahrul Nizam Mampu Tambat Selera Kim Pan-gon
Dunia
TFC
Advertisements

Pemain pertahanan muda, Shahrul Nizam telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan ketika JDT menewaskan Terengganu dengan jaringan 2-1. Pengendali Terengganu, Nafuzi Zain telah memberi kepercayaan untuk menugaskan Shahrul Nizam di posisi bek tengah.

Beliau merupakan antara pertahanan yang beraksi dengan cemerlang pada perlawanan bertemu JDT pada semalam.

Beliau yang baru sahaja berusia 23 tahun mempamerkan ketenangan setiap kali diberi peluang untuk beraksi dan beberapa kali berjaya menyekat hantaran lintang serta lorongan daripada pemain JDT daripada membolosi barisan pertahanan Terengganu.

Advertisements

Di bawah kendalian jurulatih pasukan Nafuzi Zain, beliau membentuk gandingan yang cukup mantap bersama pertahanan import, Argzim Redzovic.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Kelantan ini disebut-sebut sebagai pengganti jangka masa panjang di posisi pertahanan tengah negara bagi menguatkan kem pasukan Kim Pan-gon.

Ketenangan beliau mengawal benteng ketika rakan sepasukannya merencanakan asakan dibahagian serangan telah menjadikan kubu Terengganu sukar untuk dibolosi pasukan JDT. Selepas ini, Terengganu FC telah dijadualkan untuk menentang pasukan Sarawak United pada 17 April 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram