Kejadian pada minit ke-23 tersebut berjaya dikesan peminat di mana pemain import Johor Darul Ta’zim, Leandro Velázquez dikatakan dikasari sehingga wajahnya sakit.
Namun setelah ulang tayang dibuat, didapati beliau hanya menambah garam halangan biasa sahaja sekaligus menyebabkan Faisal Halim sedikit berang.
Perlawanan separuh akhir pusing 1 ini berakhir dengan kedua-dua pasukan seri 1-1.
Terengganu bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini dengan Johor Darul Ta’zim memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.