Aksi Melaka & PDRM Ditangguhkan Kerana Padang Rosak Teruk
Liga M3
CC BY 3.0/Meeneunos10
Advertisements

Semua maklum sejak beberapa hari lepas, cuaca buruk mengakibatkan sesetengah perlawanan ditangguhkan. Hari ini, giliran skuad Piala Presiden Melaka pula terpaksa menangguhkan perlawanan mereka dengan PDRM atas sebab sama.

Penangguhan aksi Piala Presiden kedua-dua pasukan ini diumumkan PDRM menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Dengan pengumuman tersebut, ia turut mengundang persoalan sama ada Melaka bersedia atau tidak untuk perlawanan Liga M3 seterusnya. Ini kerana mereka bakal melayan kunjungan Bukit Tambun pada 18 Mac ini.

Advertisements

Sekiranya perlawanan itu juga terpaksa ditangguhkan atas sebab sama, rentak Melaka akan sedikit terencat bila mahu mendaki kedudukan Liga M3.

Melaka bukan satu-satunya pasukan yang terpaksa menangguhkan perlawanan akibat cuaca buruk. Negeri Sembilan juga mengalami nasib sama selepas perlawanan mereka dengan KL City pada minggu lepas ditangguhkan akibat cuaca buruk dan padang digenangi air.

Selain perlawanan Liga Super, skuad Hoben Jang Hoben juga terpaksa menangguhkan perlawanan Piala MFL mereka menentang Kelantan akibat sebab sama beberapa hari lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram