Aksi PAS Raikan Kejayaan Persis Ronaldo Tular
Hiburan
Mart134
Advertisements

Seperti yang diketahui, PAS berjaya mencipta rekod apabila secara rasminya telah memenangi kesemua 14 kerusi di Parlimen di negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 semalam.

Dalam masa yang sama, penyokong setia parti itu dilihat gembira ketika mendapat tahu kemenangan rasmi buat parti PAS. Turut tular satu video di laman sosial tiktok yang menunjukkan aksi seorang pemuda meraih kejayaan persis Ronaldo.

Dalam rakaman tersebut terdapat jeritan “SIUUU” berulang kali yang dilakukan oleh pemuda itu sambil disambut sorakan penyokong yang berkumpul disitu.

Advertisements

Kemenangan besar buat PAS apabila dapat merampas tiga kerusi Parlimen milik Barisan Nasional iaitu Parlimen Gua Musang, Ketereh dan Machang.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan, Ahmad menyatakan dalam sidang akbar semalam bahawa keputusan PRU15 ini turut dibantu oleh sokongan anak-anak muda yang telah memberi kerjasama yang luar biasa kepada PN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram