Aksi Berkelas Dunia Menentang Leeds Pahat Nama Paul Pogba Setaraf Lagenda
EPL
MakanBola
Instagram: @manchesterunited
Advertisements

Aksi perancang tengah pasukan Manchester United, Paul Pogba ketika menentang Leeds United pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris bakal menjadi sejarah dalam bola sepak Inggeris.

Pemain kelahiran Perancis ini menjadi taruhan jurulatih untuk menjadi watak utama dalam merencanakan keampuhan jentera tengah The Red Devils bersama Bruno Fernandes dan juga Scott Mc Tominay.

Advertisements

Perlawanan tersebut berjaya dimenangi oleh Manchester United dengan jaringan 5-1 hasil persembahan memukau pogba dan rakan sepasukan.

Sungguhpun begitu, nama pemain berusia 28 tahun ini menjadi bualan hangat media di Eropah setelah beliau merekodkan 4 bantuan gol dalam satu perlawanan liga.

Advertisements

Ini sekaligus meletakkan nama Paul Pogba setaraf dengan lagenda bola sepak yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Antara nama yang pernah menghasilkan 4 bantuan gol termasuklah bintang Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane.

Advertisements

Selain itu, nama-nama pemain lain seperti Santu Cazorla, Cesc Fabregas, Emmanuel Adebayor, Jose Antonio Reyes dan Dennis Bergkamp merupaka antara lagenda bola sepak yang turut menghasilkan rekod yang sama.

View this post on Instagram

A post shared by The Athletic | Football (@theathleticfc)

Advertisements

Persembahan yang ditampilkan oleh bintang dengan tanda harga 80 juta ini pastinya memberi sinar awal buat para penyokong Manchester United dalam usaha memburu kejuaraan pada musim ini.

Hal ini dilihat rentetan daripada persembahan kurang menjadi Pogba pada musim lepas sungguhpun beraksi cemerlang dalam kempen Euro 2020 bersama Perancis.

Advertisements

Namun begitu, rata-rata para peminat berharap perancang bernilai mereka ini dapat terus mempamerkan konsistensi sungguhpun umum mengetahui akan kebolehan dan teknik yang dimilikinya di atas padang.

Advertisements

Kini, Manchester United berada di tangga pertama selepas satu perlawanan hasil kemenangan bergaya pada minggu ini. Malah, persembahan duo Bruno Fernandes dan juga Paul Pogba pastinya menjadi taruhan terbaik mereka untuk menjayakan misi memburu trofi pada musim ini.

View this post on Instagram

A post shared by Manchester United (@manchesterunited)

Advertisements

News Comments Account