fbpx

Aksi Shawn Lowry Menghumban Jordan Mintah Dipersoal

Unifi
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Aksi panas dalam pertembungan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim sebentar tadi menjadi bualan ramai peminat bola sepak tempatan. Insiden kekasaran Shawn Lowry terus mendapat perhatian.

Pergelutan antara Shawn Lowry dan Jordan Mintah pada minit ke-78 permainan telah menghangatkan permainan. Dalam insiden tersebut, Shawn turut melakukan kekasaran terhadap penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin.

Namun keputusan pengadil yang tidak melayangkan sebarang kad kepada Shawn sekaligus dipersoal penyokong Terengganu FC.

Perlawanan tamat, Terengganu FC 1-1 Johor Darul Ta’zim

Bacaan Seterusnya..