Aksi ‘Spiderman’ Syihan Hazmi Hantui KL City
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penjaga gol JDT, Syihan Hazmi cemerlang membantu skuad Harimau Selatan menjulang trofi Piala FA 2023.

Pertembungan antara JDT & KL City di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam semalam menyaksikan gergasi dari Selatan menewaskan The City Boys dengan keputusan 2-0. Jaringan bertenaga pemain tengah JDT, Hong Wan dan Leandro Velazquez memastikan malam gemilang di SSI menjadi milik JDT.

Syihan Hazmi telah diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Esteban Solari untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan dan mengawal kubu terakhir JDT.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun ini tenang membalas kepercayaan yang diberikan apabila beraksi dengan cukup cemerlang sepanjang 90 minit permainan.

Pada babak pertama perlawanan, Syihan beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang tuan rumah dari dibolosi. Seawal minit ke-16 permainan, Syihan menjadi watak penting pasukan apabila satu-satunya peluang keemasan yang dimiliki pasukan pelawat di hadapan pintu gol JDT telah dihalang Syihan.

“Syihan tak sangka bola itu, tapi alhamdulilah rezeki. Bersyukur kepada Allah, apapun yang kita buat, kita perlu bersyukur kepada Allah,” ujar Syihan ketika ditemu bual Astro Arena selepas perlawanan.

Advertisements

Jika dilihat berdasarkan statistik perlawanan, tujuh percubaan dan tiga percubaan tepat yang dilakukan KL City gagal mencetak kepada jaringan. Ketangkasan serta kekebalan Syihan Hazmi terus kekal hingga tamat permainan.

Untuk rekod, Syihan berjaya mencatat ‘clean sheet’ dalam kesemua aksi di pentas Piala FA 2023. Piala yang dirangkul JDT kali ini merupakan Piala FA ketiga dalam sejarah yang berjaya diraih JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram