Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools menerima pujian atas usaha keras beliau menyelamatkan gawang pasukan Midtjylland ketika bertahan dalam perlawanan menentang AaB.
Dalam perlawanan terbabit, Midtjylland menang 3-1 menerusi jaringan Andersson dan dua jaringan masa tambahan dari Evander dan Isaksen.
Dion Cools yang dimasukkan pada minit ke-94 berjaya membantu barisan pertahanan mengawal serangan balas AaB dan sesekali membantu pasukannya menyerang sekaligus memperoleh dua jaringan pada minit ke-102 dan 110.
Sementara itu penyokong Midtjylland turut gembira dengan impak segera yang dibawa oleh Dion Cools selepas dimasukkan pada minit ke-94.
“Dia adalah ninja merah”, jelas Dennie Andersen.
“Refleksi yang sangat baik dari Cools”, jelas Bjarne Staulund Jakobsen.