Al Nassr Harap Ronaldo Terima Tawaran Kontrak RM78 Juta Sebulan
Dunia
FIFA World Cup
Advertisements

Selepas Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United secara persetujuan bersama, terdapat banyak spekulasi mengaitkan Ronaldo dengan kelab-kelab. Dengan legenda Portugal itu tidak lagi mendapat perhatian kelab-kelab Eropah, kelab Al-Nassr berharap beliau menerima tawaran kontrak mereka berjumlah RM78 juta sebulan.

Sebelum ini, wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano mendedahkan Al-Nassr telah membentangkan cadangan kontrak dua tahun setengah dengan gaji RM78 juta sebulan. Ia dianggap kontrak paling mahal direkodkan dalam sejarah bola sepak oleh akhbar Marca dan portal CBS Sports Golazo. Tetapi kontrak tersebut tidak disentuh pada ketika itu kerana Ronaldo mahu fokus kepada pasukan kebangsaan Portugal dan Piala Dunia 2022.

Pada masa sama, bekas penyerang Real Madrid itu masih berharap agar dapat menyertai kelab-kelab yang bersaing di Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Perkara itu cuba direalisasikan Manchester United semasa beliau masih di Old Trafford sehingga hari terakhir musim perpindahan musim panas lepas.

Advertisements

Bagaimanapun, tiada siapa menunjukkan minat untuk membawanya keluar dari Old Trafford. Hal ini didedahkan oleh CEO Eintracht Frankfurt, Axel Hellmann yang mendakwa kelabnya ditawarkan peluang mendapatkan Ronaldo. “Beliau ditawarkan kepada kami (Frankfurt). Saya dapat rasakan beliau ditawarkan kepada semua kelab UCL,” katanya semasa ditemubual DAZN.

Dengan tiada kelab Eropah menunjukkan minat, Al-Nassr kini satu-satunya peluang untuk Ronaldo meneruskan karier permainannya. Difahamkan kontrak besar Al-Nassr untuk bekas penyerang Juventus itu turut mendapat sokongan kerajaan Arab Saudi, yang diharap boleh diterima oleh Ronaldo.

Kelab Al-Nassr ketika ini dikendalikan oleh bekas jurulatih AS Roma dan Lille, Rudi Garcia. Kelab tersebut merupakan juara liga domestik negara itu sebanyak sembilan kali. Kali terakhir Faris Najd menjulang kejuaraan ialah pada tahun 2019 di bawah bimbingan jurulatih Portugal, Rui Vitoria.

Advertisements

Sekiranya Ronaldo menerima tawaran Faris Najd, kontrak yang dimeterai selama tujuh tahun dengan dua tahun setengah sebagai pemain. Sementara baki lima tahun lagi bagi beliau menggalas peranan sebagai duta kelab dengan bayaran pada setiap tahun akan meningkat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram