Advertisement
Terkini: Ronaldo & Manchester United Berpisah
Dunia
MakanBola
Manchester United

Menerusi pengumuman terbaru dikeluarkan pihak Manchester United, kontrak Ronaldo ditamatkan serta-merta atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk masa depan.

“Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan pasukan di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk memberikan kejayaan di atas padang,” tulis portal rasmi Manchester United.

Cristiano Ronaldo sebelum ini disiasat pengurusan pasukan selepas beliau memberikan komen pedas berkenaan pengurusan Manchester United dan pengurus pasukan, Erik ten Hag kepada media portugal.

Ronaldo kembali menyertai Manchester United pada tahun 2021 dan beraksi sebanyak 40 perlawanan dan berjaya menjaringkan 19 gol.