Al-Seeb Waspada Ancaman 4 Senjata KL City
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Al-Seeb FC, Rasheed Jabar menganggap perlawanan akhir Piala AFC bakal mencetuskan persaingan yang tinggi.

Rasheed mengakui KL City merupakan pasukan yang kuat kerana mempunyai ramai pemain berkualiti. Beliau akan berwaspada dengan setiap ancaman yang diberikan oleh 4 senjata KL City.

Bagaimanapun, Rasheed tidak menyifatkan pasukannya dikategorikan pasukan pilihan kerana semua pasukan adalah sama misi mahukan kejayaan, dalam masa 90 minit dalam perlawanan apa-apa boleh terjadi. 

Advertisements

“Saya merasakan KL City sebuah pasukan yang kuat kerana mereka miliki ramai pemain hebat. Kami melihat pemain berjersi nombor 28 (Paulo Josue), 7 (Romel Morales), (Giancarlo Gallifuoco) dan juga (Akram Mahinan) antara senjata mereka.”

“Saya tak berstuju kami dilabel sebagai pasukan pilihan. Semua berganding melakukan persiapan, dalam masa 90 minit semua benda boleh berlaku,”

Advertisements

Dalam pada itu, beliau telah menyiapkan pasukan dari segi fizikal, mental dan individual. Rasheed akui khidmat VAR dalam final ini sangat diperlukan supaya tidak mencetuskan masalah di dalam perlawanan. 

“Kami membuat persiapan fizikal dan mental, juga individual untuk pasukan. Kami rasa VAR amat baik, ia sangat penting. Sekurang-kurangnya keputusan keraguan yang jelas, memang wajar kita guna, bukan hanya di Final tapi dalam setiap perlawanan,” katanya dalam sidang media perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram