Alasan Malaysia Mahu Lawan Pasukan Ke-187 Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Alasan Malaysia mahu melawan pasukan ke-187 dunia bagi aksi persahabatan FIFA November ini terjawab.

Skuad kendalian Pau Marti hanya mengharungi satu aksi persahabatan FIFA Tier 1 bulan Oktober apabila tunduk 0-4 di tangan New Zealand.

Misi untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA diteruskan apabila Harimau Malaya bakal bertemu pasukan ke-125 dunia, India pada 18 November.

Teka-teki mengenai satu lagi lawan skuad kebangsaan akhirnya terjawab apabila pasukan ke-187 dunia. Laos bakal menjadi aksi pemanas badan pertama pada bulan November ini.

Setiausaha FAM, Datuk Noor Azman menjelaskan bahawa keputusan untuk menentang Laos dan bukannya 4 lagi negara Asia Tenggara adalah pilihan Pau Marti sendiri.

“Malah, Pau Marti selaku ketua jurulatih juga membuat keputusan untuk tidak
mengatur perlawanan persahabatan menentang empat pasukan dari Asia Tenggara
iaitu Singapura, Thailand, Kemboja dan Timor Leste.

“Ini kerana mereka dalam satu
kumpulan dengan kita pada Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Disember ini,”
ujarnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa pengendali kelahiran Sepanyol itu akan menentukan skuad mana yang bakal dibawa ke kejohanan akhir tahun ini.

“Pada masa sama, Pau Marti juga akan memutuskan pasukan manakah yang akan
dihantar beraksi pada Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 nanti.

“Perlawanan menentang Laos dan India ini adalah persiapan terakhir beliau dalam menyediakan pasukan ke kejohanan tersebut,” jelas Noor Azman kepada FAM.

Malaysia kini menghuni tangga ke-133 dunia bagi kemas kini ranking FIFA Oktober dan merupakan pasukan ke-4 terbaik Asia Tenggara.