Alasan Tidak Logik Pep Guardiola Berkaitan Dana ‘Pak Arab’ Tertiris
EPL
Press Association UK
Advertisements

Manchester City telah memecahkan rekod perpindahan Premier League apabila membelanjakan £100m buat pemain England, Jack Grealish. Kelab tersebut amat terkenal dengan kekayaan hasil daripada pemilik kelab, Sheikh Mansour.

Malah Manchester City pernah digantung oleh badan induk bola sepak Eropah (UEFA) daripada beraksi di pentas Eropah selama 2 musim setelah melanggar peraturan perlesenan dan kewangan UEFA (financial fair play). Namun City berjaya memenangi rayuan ke atas hukuman gantung 2 musim tersebut dan hanya perlu membayar denda.

Dalam satu temubual bersama Pep Guardiola, pengurus tersebut telah menyatakan bahawa kelab dapat membelanjakan £100m buat Jack Grealish setelah menjual pemain muda mereka dan berjaya meraih sebanyak £60m.

Advertisements

Alasan tersebut tidak logik kerana jumlah wang hasil perpindahan pemain City menurut transfermarkt hanyalah £33m atau €38.8m. City hanya mendapat pulangan menerusi penjualan 3 pemain iaitu Angelino, Jack Harrison dan Lukas Nmecha.

Malah Aguero dan Eric Garcia telah dilepaskan secara percuma bermakna kelab tidak mendapat sebarang keuntungan menerusi pemergian 2 pemain tersebut.

City turut mendapat keuntungan kecil melalui perpindahan Jadon Sancho namun mustahil kelab mendapat £30m melalui perpindahan tersebut sahaja.

Advertisements

Rata-rata peminat bola sepak telah menyindir dan mempersoalkan alasan Pep yang tidak logik kerana hampir semua peminat bola sepak tahu bahawa City mendapat suntikan dana secara terus daripada Sheikh Mansour.

Pep Guardiola meraih perhatian pada musim ini setelah beliau membelanjakan £918m buat pemain sejak berkhidmat sebagai pengurus Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram