Alaves Bawa Facundo Garces Ke Barcelona
MakanBola
Deportivo Alaves

Facundo Garces bakal beraksi buat Deportivo Alaves buat kali pertama dalam tempoh empat bulan.

Ini selepas kelab LaLiga itu menyenaraikan beliau dalam skuad yang akan menghadapi cabaran Espanyol.

Turut tersenarai dalam skuad sama ialah bekas pemain pertahanan Wolves, Jonny Otto dan bekas penyerang Real Madrid, Mariano Diaz.

Garces tersenarai selepas CAS mengeluarkan perintah penangguhan penggantungan 12 bulan yang dikenakan ke atas beliau dan enam pemain warisan Malaysia.

Perintah ini membolehkan mereka kembali beraksi sementara rayuan di CAS berjalan. Susulan itu, Alaves mengumumkan Garces kembali bersama pasukan itu.

Alaves mengharapkan kepulangan bek tengah berusia 26 tahun itu dapat membantu kelab itu kekal dalam LaLiga.

Pasukan itu kembali mendapat suntikan semangat apabila meraih kemenangan 2-1 ke atas Real Betis baru-baru ini.