Rasmi: Alex Telles Sertai Manchester United
EPL
Advertisements

Manchester United mengumumkan kedatangan Alex Telles daripada FC Porto. Pertahanan kini menyerang ini menandatangani kontrak 4 tahun dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak.

Pemain berumur 27 tahun ini merupakan pemain kebangsaan Brasil dan berjaya menjaringkan 26 gol dan 50 bantuan gol sepanjang 5 musim bersama FC Porto.

“Menyertai Manchester United merupakan satu penghormatan besar. Saya perlu bekerja keras untuk sampai ke tahap ini dan kini saya hadir ke sini. Saya berjanji untuk memberikan sepenuh hati saya untuk berjaya di sini.”

Advertisements

Jelas Alex Telles lagi,

“Saya telah memenangi banyak trofi bersama FC Porto dan saya ingin lakukan perkara yang sama di United.”

“Pengurus (Ole) mempunyai perancangan yang jelas dan saya tidak sabar untuk memakai jersi yang terkenal ini”.

Advertisements

Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Pertama sekali, selamat datang buat Alex ke United. Beliau adalah pemain yang kami amati sejak sekian lama dan prestasinya sejak kebelakangan ini adalah apa yang kami inginkan.”

“Beliau adalah pejuang dan pemenang dan ianya akan memberikan kelebihan buat pasukan.”

Syaitan merah sebelum ini dikritik kerana kelihatan gagal dalam sesi perpindahan pemain dengan aksi-aksi buruk untuk permulaan musim selepas tewas kepada Crystal Palace dan Tottenham.

Advertisements

Saksikan aksi Alex Telles di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=peBqHKRDIXs
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram