Alexandre Polking Mendapat Talian Hayat Daripada FA Thailand
Dunia
Getty Images/Yong Teck Lim
Advertisements

Jurulatih skuad bola sepak Thailand, Alexandre Polking telah dijanjikan peluang dan masa oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) untuk terus mengendalikan skuad yang digelar ‘Gajah Perang’ itu.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Polking selepas perbincangan dengan pihak persatuan pada Isnin lepas. Ini bermakna Polking berpeluang untuk membawa Thailand mempertahankan Piala AFF yang dimenangi awal tahun ini.

“Ianya merupakan satu perbincangan yang baik dan penting. Kami mempunyai banyak masa untuk membentuk skuad terbaik (untuk Piala AFF).

Advertisements

“Sasaran kami adalah untuk mempertahankan gelaran (Piala AFF) namun kami akui kami berada dalam tekanan kerana kami juara bertahan. Kami berharap dapat berikan yang terbaik walaupun ianya sukar kali ini,” kata Polking kepada Bangkok Post.

Pengendali berasal dari Brazil itu yakin tidak ada apa yang mustahil untuk digapai jika diberikan masa yang cukup beserta pemain-pemain yang berkualiti.

“Jika kami mempunyai masa yang cukup dan memiliki pemain yang baik, saya percaya Thailand akan menjadi pilihan untuk bergelar juara lagi.” tegas Polking lagi.

Advertisements

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan bahawa khidmat Polking akan ditamatkan oleh FAT gara-gara jurulatih itu gagal memperbaiki ranking FIFA Thailand selepas melalui beberapa aksi antarabangsa.

Nama yang disebut-sebut untuk menjadi pengganti Polking adalah pengendali berasal dari Korea Selatan, Yoon Deok-yeo. Dengan perbincangan yang berlaku antara Polking dan FAT, pastinya pertukaran jurulatih buat pasukan Thailand tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram