“Alhamdulillah Dia Jaringkan Gol” – Bergson
Piala Malaysia
Firdaus / MakanBola
Advertisements

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menzahirkan rasa syukur dengan kejuaraan Piala Malaysia yang dikecapi skuad kendalian Esteban Solari untuk musim 2023.

Ketika ditemu bual selepas aksi final Piala Malaysia berdepan Terengganu malam semalam, Bergson sejujurnya sangat gembira dengan persembahan yang ditampilkan rakan sepasukan. Beliau anggap JDT layak meraih gelaran Double Treble selepas menjulang tiga piala utama domestik iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

“Sangat gembira dengan prestasi dan persembahan rakan sepasukan. Ia satu perlawanan yang sukar, namun kami cukup bermotivasi untuk meraih kemenangan.”

Advertisements

“Sejujurnya kami hanya mahu mencipta sejarah, membuat rakyat Johor Bangga dan kami berjaya lakukannya malam ini.”

Penjaring terbanyak JDT ini dalam pada itu sempat mengulas berkenaan situasi tegang ketika penalti saat akhir yang dihadiahkan pengadil buat JDT. Beliau dan Arif Aiman dilihat seakan berebut untuk mengambil sepakan itu.

“Aksi semalam itu sukar, saya sayang Arif tapi kita tahu dia masih muda, jika dia tak jaringkan gol dan Terengganu dapat melakukan serangan balas yang menghasilkan gol, maka semua orang akan salahkan Arif. Beliau berbeza dengan saya. Tapi Alhamdulilah, beliau jaringkan gol.”

Advertisements

“Saya percayakan dia, dia seorang pemain yang bagus tapi dalam situasi seperti itu sangat sukar buat seorang pemain yang baru berusia 20 tahun untuk jaringkan penalti. Tapi beliau berjaya jaringkan gol buat kami,” ujar Bergson.

Satu jaringan menerusi Bergson, Arif Aiman dan Feroz Baharudin memastikan malam gemilang dicipta JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil. Terengganu terpaksa akur apabila tewas 1-3 kepada JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram