Dunia
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Johor DT kini mempunyai pelbagai pilihan pemain dibahagian sayap kanan pasukan apabila dibarisi beberapa pemain yang berkualiti serta pemain muda dari JDT II seperti Alif Mutalib yang dilihat berpotensi menjadi pemain bintang. Ketika ini Johor DT kerap menggunakan Safawi Rasid dan juga Arif Aiman dibahagian sayap kanan pasukan.

Arif Aiman telah bermain sebanyak 20 perlawanan Liga Super dan 5 perlawanan Liga Juara-Juara AFC. Pemain berusia 19 tahun ini berjaya menjaringkan 2 gol serta mencatat 3 assist. Beliau telah bermain dalam kesebelasan utama JDT sebanyak 13 kali dalam saingan Liga Super 2021 menurut Transfermarkt.

rw arif Alif Mutalib Makin Menyinar, Posisi Sayap Kanan JDT Kini Dilimpahi Bintang Tempatan
Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Safawi Rasid pula bermain sebanyak 17 kali dan berada dalam kesebelasan utama dalam 11 perlawanan. Beliau telah mencatatkan 3 gol dan 2 assist dalam musim ini. Safawi yang kini berusia 24 tahun masih mampu membolosi gawang gol pihak lawan walaupun mengalami sedikit penurunan prestasi pada awal musim ini.

Advertisements
Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Namun selain dua nama tersebut, Johor DT turut mempunyai Mohamadou Sumareh yang kini berusia 27 tahun. Sumareh menyertai JDT daripada kelab Thailand, Police Tero pada bulan Januari 2021. Sumareh berjaya mencetak 3 gol dan 2 assist walaupun semua penampilan beliau bersama JDT adalah sebagai pemain gantian.

Ramadhan Saifullah juga antara pemain muda berbakat besar yang beraksi diposisi sayap kanan JDT. Namun beliau terpaksa melupakan saingan Liga Super 2021 apabila ditimpa kecederaan pada pertengahan musim. Ramadhan hanya sempat beraksi untuk 7 perlawanan Liga Super pada musim ini.

Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Untuk rekod, Ramadhan Saifullah merupakan pemain JDT paling muda yang berjaya menjaringkan gol dipentas Liga Juara-Juara AFC. Beliau menjaringkan 1 gol sewaktu JDT bertemu Nagoya Grampus pada 4 Julai 2021.

Advertisements

Jika Ramadhan Saifullah cergas sepenuhnya dan kembali memperkuatkan pasukan, ini menjadikan Johor DT mempunyai 4 pemain tempatan yang berkualiti dibahagian sayap kanan. Namun melihat kepada peningkatan prestasi pemain Johor DT II, Alif Mutalib, tidak mustahil beliau akan dipanggil menyertai pasukan utama Johor.

Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Ini bakal menjadikan Johor DT dibarisi 5 pemain tempatan yang berkualiti. Musim ini, Alif Mutalib telah mempamerkan aksi cemerlang di Liga Premier apabila menjaringkan 1 gol serta 6 assist buat pasukan. Alif merupakan pemain sayap yang turut mampu beraksi dibahagian kanan dan kiri pasukan malah beliau baru menginjak berusia 19 tahun.

Walaupun belum lagi diserap masuk ke pasukan utama, prestasi konsisten Alif di Liga Premier bersama JDT II pada musim ini memberi kemungkinan bahawa beliau akan mendapat peluang untuk bersama skuad utama tidak lama lagi.

Advertisements

Ini merupakan satu perkara penting terhadap pembangunan pemain muda Malaysia dalam membentuk pemain yang berkualiti serta berkebolehan tinggi. Menepati ciri-ciri pemain sayap, kesemua pemain tersebut memiliki kepantasan larian, mahir dalam melakukan hantaran serta mempunyai penyudah yang baik.

Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Tan Cheng Hoe juga bakal mempunyai lebih banyak pilihan diposisi sayap negara apabila lebih ramai pemain tempatan yang kini menyerlah dan mampu mempamerkan aksi cemerlang. Setakat ini, hanya Arif Aiman, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid yang pernah dipanggil untuk memperkuatkan barisan serangan negara diposisi sayap kanan.

Johor DT kini mempunyai squad depth yang mantap dibahagian sayap kanan ketika ini. Malah pemain seperti Arif Aiman, Safawi Rasid serta Ramadhan Saifullah turut mampu beraksi dibahagian sayap kiri pasukan walaupun lebih dominan dibahagian kanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram