Ini Sebenarnya Yang Terjadi Pada Ramadhan Saifullah
Dunia
Instagram; @officialjor & @ramadhansaifullah17
Advertisements

Beberapa minggu sebelum ini, telah tular gambar dan artikel berkenaan status pemain muda Johor Darul Ta’zim JDT, Ramadhan Saifullah yang dikatakan mengalami kecederaan setelah aksinya gagal dikesan sejak saingan Liga Super disambung semula.

Hal ini kerana nama Ramadhan tidak didaftarkan dalam skuad JDT pada beberapa aksi Liga Super sebelum ini. Pemain muda berusia 20 tahun itu juga tidak kelihatan turun menjalani latihan bersama pasukannya sejak dua minggu kebelakangan ini.

Semalam, laman rasmi media sosial Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuat satu pengumuman berkenaan perkembangan status pemain permata berharga mereka, Ramadhan Saifullah. 

Advertisements

Muhammad Ramadhan Saifullah disahkan telah menjalani pembedahan oleh pakar bedah sukan di Barcelona Sepanyol, Dr Juan Manuel Boffa. Kecederaan itu menimpa Ramadhan pada sesi latihan skuad JDT yang memaksa khidmat pemain muda berpotensi ini dilupakan buat sementara waktu.

Pengumuman itu turut menjelaskan bahawa pemain JDT yang cedera akan dihantar ke Barcelona untuk mendapatkan rawatan bagi memastikan proses pemulihan berlaku dengan baik disana. Sebelum ini, JDT juga pernah menghantar beberapa orang pemain lain seperti Gary Steven Robbat, Syafiq Ahmad, Natxo Insa dan S.Kunanlan untuk mendapatkan rawatan di sana.

Kecederaan ini juga menyebabkan Ramadhan bakal terlepas beberapa perlawanan yang berbaki dalam saingan Liga Super bersama skuad Johor Darul Ta’zim dan berkemungkinan bakal terlepas aksi bersama skuad kebangsaan negara, dalam saingan Piala Asia. 

Advertisements

Rata-rata rakan sepasukan dan peminat bola sepak tempatan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat Ramadhan di ruangan komen posting miliknya. Semoga Ramadhan lekas sembuh bagi mengubat kerinduan para penyokong melihat aksi lincahnya di atas padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram