Dunia
Advertisements

Baru-baru ini pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Ramadhan Saifullah ada memuat naik satu ciapan kata-kata motivasi dan semangat di laman rasmi Twitternya.

https://twitter.com/rmdhnn11/status/1416460345032380416?s=21

Menerusi ciapan tersebut, akaun Twitter pemain sayap lincah JDT itu telah mendapat reaksi balas daripada rakan sepasukannya, Arif Aiman dan Akhyar Rashid. Kedua-dua rakan sepasukkannya itu menasihati Ramadhan agar kekal tabah dan mendoakan supaya kesihatannya beransur pulih.

Selain itu, tular juga gambar Ramadhan yang bertongkat di Instagram Story beliau pada hari ini. Kemungkinan beliau akan menerima rawatan susulan di Barcelona, Sepanyol.

Advertisements

Untuk rekod, perlawanan terakhir Ramadhan Saifullah beraksi adalah ketika pasukan JDT menentang pasukan Ratchaburi FC dalam saingan Asean Champions League pada 7 Julai lalu. Ramadhan diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut dan dikeluarkan pada minit ke-65 barangkali digantikan kerana kecederaan. 

Kelibat Ramadhan juga tidak dilihat dalam dua pertemuan saingan Liga Super yang berlangsung ketika menentang pasukan UITM FC dan Selangor FC ketika nama beliau tidak didaftarkan dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Tambahan, sejak dua minggu kebelakangan ini Ramadhan tidak lagi kelihatan turun menjalani latihan bersama pasukan. Namun begitu, kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Johor Darul Ta’zim tentang perkembangan pemain berharga JDT ini sambil mengharapkan Ramadhan cepat sembuh untuk kembali beraksi menceriakan saingan bola sepak tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram