Allee Putra: Saya Bermain Dengan Kelantan, Kenapa Heret Ayah Saya?
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Bekas pemain TRW Kelantan FC, Allee Putra memberitahu bahawa tiada sebarang proses perbincangan dijalankan bersamanya mengenai tunggakan gaji 7 bulan yang melanda.

Sebelum ini, pemilik kelab The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberitahu bahawa terdapat halangan untuk melakukan pembayaran gaji pemain ini susulan ia diuruskan oleh pihak lain.

“Baik, berkenaan kes (Allee Putra) ini, kes ini unik dan kes ini terpencil. Allee datang ke Kelantan dengan bapa dia, Encik Azril (Mohd Zawawi). Dia ada seorang kawan baik bernama Roslan (Razak, pengarah urusan R2A).

Advertisements

“Encik Roslan ini merupakan penaja Allee semasa berada di Malaga City FC. Jadi, Allee dan Encik Roslan ini beritahu nak bermain dengan Kelantan untuk musim 2023. Jadi, saya kata nak main boleh.

“Dan dia (Encik Roslan) ini besetuju nak bayar gaji. Jadi, saya kata, ‘Nak bayar gaji lagi bagus.’ Jadi, dia bersetuju untuk bayar gaji penuh.

Kemelut ini akhirnya dijawab oleh tuan badan apabila Allee Putra tampil dengan satu kenyataan bahawa tiada sebarang rundingan yang dilakukan oleh pihak pengurusan kelab dengan dirinya.

Advertisements

“Rundingan berkaitan hal tersebut sepatutnya berlaku dengan saya, kenapa nak heret dan putar belitkan kesalahan. Tiada sebarang perjanjian dengan saya untuk kurangkan jumlah gaji, tak tahu di mana dia fikir tu.”

“Saya yang bermain dan bekerja dengan TRW Kelantan, bukan ayah saya. Jadi apa-apa perbincangan perlu dibuat dengan saya tetapi setakat ini, tiada sebarang komunikasi dibuat. Mereka cuba untuk menghubungi ayah saya tetapi apa yang saya beritahu, saya yang bekerja bukan ayah saya,” ujarnya kepada MakanBola.

Allee yang kini beraksi bersama FC Malaga City di Sepanyol juga mengesahkan bahawa tiada sebarang komunikasi yang cuba diatur terhadapnya sejak tamat saingan liga tahun lalu.

Advertisements

“Dari habis Liga Super 17 Disember sampai ke hari ini, tiada yang cuba untuk menghubugi saya. Ayah saya hanya dibelakang tabir saja, mereka sepatutnya bercakap dengan saya.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram