Advertisement
Alvin Fortes Tak Fikir Jadi Penjaring Terbanyak
Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes tidak terlalu memikirkan soal menjadi penjaring terbanyak pasukan itu.

Pemain sayap Cape Verde itu kini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Selangor dalam liga bersama seorang lagi tonggak import, Ronnie Fernandez. Kedua-duanya telah menjaringkan lapan gol.

Gol terbarunya hadir dalam aksi terbaru Liga Super menentang KL City FC pada 12 Januari lalu. Gol Fortes pada separuh masa kedua memastikan Selangor meraih tiga mata penuh.

Apabila ditanya tentang statistik jaringannya bersama The Red Giants, bekas pemain sayap Ratchaburi itu tidak terlalu memikirkan aspek itu.

Ini kerana pada hemat Fortes, selagi mana beliau dapat membantu Selangor meraih kemenangan, maka itu sudah cukup baginya.

“Tidak, bagi saya, saya hanya mahu bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk pasukan,” katanya selepas perlawanan.

“Dan jika saya menjaringkan gol dan membantu pasukan, saya gembira dan pasukan pun gembira. Saya hanya mahu teruskan macam biasa.”

Bisa Fortes dijangka ditagih Katsuhito Kinoshi untuk aksi separuh akhir MFL Challenge Cup menentang Penang FC pada 19 Januari dan 2 Februari ini.