Amin Rahim: Malaysia Lakukan Banyak Kesilapan Mudah
UltraSukan
Hokita

Jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, Amin Rahim mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki menjelang aksi crossover tempat kesembilan hingga ke-12 Piala Dunia Remaja 2023 menentang Belgium pada Rabu ini.

Malaysia meraih kemenangan 4-1 ke atas Mesir dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.

Biarpun keputusan tersebut tampak selesa, hakikatnya The Young Tigers banyak melakukan kesilapan mudah termasuk kawalan bola yang longgar.

Skuad negara bertuah kelemahan tersebut gagal dihukum oleh jentera serangan Mesir. Bagaimanapun, Amin tidak mahu perkara sama berulang bila turun menentang Kanada nanti.

“Saya gembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini dan kita capai misi utama untuk berada dalam kelompok 9-12. Tapi secara keseluruhan permainan, banyak sangat kesilapan mudah yang kita lakukan dari segi pertahanan dan serangan.

“16 pukulan sudut penalti (PC) terhasil tetapi dua sahaja yang gol, jadi kita kena perbetulkan secepat mungkin untuk sedia berentap dengan pasukan selepas ini,” katanya seperti yang dipetik Hokita.

Ingatan beliau tepat pada masanya selepas Belgium membelasah Kanada 12-0 dalam satu lagi aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 hari ini.