Advertising
Amir Ghalenoei: Ini Hukuman Untuk Iran
MakanBola
team melli

Ketua jurulatih Iran, Amir Ghalenoei sedia untuk bertanggungjawab atas kekalahan Iran kepada Qatar dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2023.

Iran tewas tipis 3-2 disebalik gol seawal minit ke-4 permainan oleh Sardar Azmoun setelah Qatar bangkit menerusi gol daripada Jassem Gaber, Akram Afif dan juga Almoez Ali.

Ad

Amir Ghalenoei menganggap kekalahan ini adalah hukuman buat pasukan Iran setelah gagal memanfaatkan peluang berharga sepanjang perlawanan berlangsung.

Ad

“Saya ingin memohon maaf kepada warga Iran. Kami patut ke perlawanan akhir namun kami tak mampu lakukannya. Saya ingin berterima kasih kepada para pemain kerana memberikan segalanya dalam aksi ini.”

“Kami bazirkan banyak peluang namun aksi separuh masa kedua merupakan aksi terbaik kami. Kami dapat 8 sepakan penjuru pada babak kedua tetapi inilah bola sepak. Jika kamu tidak manfaatkan peluang kamu akan dihukum dan ini yang berlaku kepada Iran.” ujar Amir.

Ad

“Dari sudut teknikal, ini perlawanan yang sengit tetapi kejohanan ini telah berikan banyak kejutan seperti Arab Saudi, Korea Selatan dan Jepun. Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini. Ini hari yang paling sukar yang pernah saya lalui.”

Ad

“4 hari lalu semua gembira apabila kami tewaskan Jepun. Sekarang setelah kalah kepada Qatar, semua mahu menyalahkan kami. Kami kekalkan formasi yang sama bertemu Jepun dan hanya melakukan dua pertukaran.” tambahnya lagi.

Ad

Jurulatih berusia 60 tahun itu juga menghargai semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh pemain Iran dalam kejohanan ini sehingga mampu layak ke peringkat separuh akhir.

“Walaupun kebanyakan pemain bermain di luar negara, mereka amat berdedikasi sewaktu dalam latihan dan ketika membawa nama negara. Namun inilah bola sepak, kita tidak mampu mengawal semuanya.” ujar Amir setelah tamat perlawanan.

Iran menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Piala Asia 2023 apabila memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan dan turut berjaya menewaskan Syria dan Jepun dalam peringkat kalah mati namun perjuangan Iran terhenti apabila tewas dalam aksi separuh akhir kepada Qatar.