Anak Ronaldo Sah Sertai Manchester United, Diberikan Jersi No. 7
Dunia
Instagram / jjnr10
Advertisements

Anak pemain bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, Ronaldo Jr secara rasmi menandatangani kontrak bersama skuad bawah 12 tahun Manchester United.

Beliau turut diberikan jersi bernombor 7 sama seperti ayahnya dan bakal beraksi bersama-sama Gabriel dan anak Nemanja Matic yang juga merupakan pemain Manchester United.

Ronaldo Jr sebelum ini berjaya mengejutkan skuad akademi Juventus dengan jumlah jaringan luar biasa dan beliau turut mahu menjadi pemain yang lebih hebat berbanding ayahnya.

Advertisements

“Dia cakap dia akan jadi pemain yang lebih baik berbanding saya, tetapi saya rasanya ianya amat sukar”, seloroh Ronaldo kepada media semasa beliau beraksi di Juventus.

Selain berlatih bersama Juventus dan Manchester United, Ronaldo Jr turut berlatih dan menuntut ilmu dari ayahnya setiap hari dan Ronaldo menerapkan disiplin tinggi terhadap anaknya terutamanya bab makanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram