Advertisement

Follow us:

Anak Shin Tae-yong Sertai Latihan Timnas Indonesia

Timnas B 20 YouTube PSSI TV Anak Shin Tae-yong Sertai Latihan Timnas Indonesia
YouTube PSSI TV
Azim Noor
@mohdazim45
7:28am 31/10/2022
Pivo

Ramai penyokong Indonesia terkejut melihat kelibat dua anak jurulatih Shin Tae-yong dalam sesi latihan Timnas B-20 di Turki.

Kehadiran Shin Jae-won dan Shin Jae-hyuk dalam latihan Timnas ada dalam siaran terbaru YouTube PSSI TV yang dimuatnaik semalam.

Kehadiran mereka turut disahkan oleh penolong jurulatih Timnas B-20, Nova Arianto kepada media semalam.

Hakikatnya, Jae-won dan Jae-hyuk berada di situ bagi melepaskan kerinduan bertemu dengan bapa mereka yang sibuk dengan tugasan bersama Timnas Indonesia.

Selain itu, ini dapat membantu kedua-duanya mengekalkan tahap kecergasan masing-masing selepas kempen Liga K sudah berakhir.

Jae-won beraksi bersama pasukan Liga K 1, Suwon FC. Sementara Jae-hyuk pula beraksi bersama pasukan Liga K 2, Ansan Greeners.

Nama Ansan Greeners bukan asing dalam kalangan penyokong Indonesia kerana bek kanan Timnas, Asnawi Mangkualam turut beraksi dalam pasukan sama.

1 Comment

Comments are closed.