Andrea Lee Yakin Skuad Wanita Negara Bakal ‘Melawan’ Habis-Habisan
Dunia
Instagram / Andrea Lee
Advertisements

Pemain tengah pasukan wanita kebangsaan, Andrea Lee Xin Yi melaungkan keyakinan bahawa pasukan negara bakal menunjukkan kebangkitan menjelang perlawanan kedua Rabu ini.

Jadual perlawanan kedua nanti bakal menyaksikan pertembungan antara pasukan Jacop Joseph berdepan tuan rumah, Palestin di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat.

Pertembungan itu dijangka berlangsung pada jam 8:30 malam waktu tempatan bakal menyaksikan pasukan negara ingin bangkit daripada kekecewaan setelah berdepan permulaan yang tidak diingini apabila tewas kepada Thailand.

Advertisements

Menurut pemain berusia 21 tahun itu, beliau optimis barisan rakan sepasukannya menunjukkan kesungguhan untuk melawan habis-habisan menjelang pertemuan penuh dramatik ini.

Berdasarkan hantaran di laman rasmi Instagramnya, pemain bertubuh kecil ini memberitahu bahawa mereka akan bangkit.

‘Kita akan kembali dengan lebih kuat.’

Advertisements

Pada perlawanan pembukaan sebelum ini, pasukan Harimau Malaya tewas 4-0 kepada pasukan Gajah Putih. Sungguhpun begitu, persembahan pasukan negara terutamanya barisan pertahanan termasuklah penjaga gol negara, Azurin yang begitu cemerlang menahan asakan lawan.

Walaupun rezeki tidak memihak kepada barisan pemain negara, kesungguhan yang dipamerkan di atas padang jelas boleh dilihat dan keazaman yang tinggi bakal menjadi kunci kepada keberhasilan persembahan di atas padang.

Sungguhpun tewas, ia dilihat tidak menjadi satu penghalang bagi mereka untuk terus berjuang menjulang nama negara dalam siri Kelayakan Piala Asia 2022 itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram