Apa Kena Mengena Kobe Chong, Leandro Velazquez Dan Harimau Malaya?
Blog
Advertisements

Pemain warisan negara, Kobe Jae Chong merupakan pemain tengah yang beraksi bersama Peterborough United dan dikatakan mempunyai persamaan corak permainan seperti pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez.

Seperti yang kita tahu, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon masih lagi mengharapkan kreativiti pemain tengah berusia 35 tahun, Safiq Rahim. Dan sudah tiba masanya untuk mencari pelapis supaya kreativiti bahagian tengah semakin baik pada masa akan datang.

Walaupun masih belum membuat penampilan dalam skuad utama Peterborough, namun ada desas-desus mengatakan Kobe Chong yang berusia 21 tahun merupakan pemain warisan yang akan dibawa masuk oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Idris (TMJ) ke dalam pasukan Harimau Selatan itu.

Advertisements

Jika perkara ini terjadi, peratusan Kobe Chong untuk mewakili skuad negara pastinya menjadi lebih tinggi dan dalam masa yang sama, kehadiran beliau ke dalam skuad JDT juga sudah tentu akan menguatkan lagi ‘squad depth’ pasukan tersebut.

Situasi yang sama terjadi kepada bekas pemain Wolverhampton, Hong Wan yang kini merupakan pelapis berkualiti buat Natxo Insa dalam pasukan JDT. Hong Wan menunjukkan beliau merupakan pemain yang berkualiti selepas mampamerkan aksi terbaik ketika menentang Ulsan Hyundai bulan lalu.

Kesimpulannya di sini, Hong Wan merupakan pelapis Natxo Insa yang cemerlang untuk JDT manakala Kobe Chong pula mempunyai corak permainan yang sama seperti Leandro Velazquez. Kedua-dua pemain ini dijangka menjadi harapan dan pelapis skuad negara untuk tempoh masa yang panjang pada masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram