Apa Sudah Jadi Dengan Chelsea?

Chelsea 1 Apa Sudah Jadi Dengan Chelsea?
Sky Sports
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Persembahan kurang memberangsangkan yang ditampilkan oleh juara bertahan Eropah, Chelsea dalam usaha untuk mengekalkan mahkota kejuaraannya musim ini mengundang seribu tanda tanya.

Pasukan yang berpangkalan di London itu bagai ditimpa musibah apabila prestasi dua perlawanan terakhir mereka membuatkan para penyokong tidak senang duduk.

Bermula dengan kemelut pemilikan kelab yang bermula dengan pemilik kelab, Roman Abramovich sebelum dikhabarkan insiden yang menimpa jurulatih, Tomas Tuchel yang sudah berpisah dengan pasangannya.

Semuanya seakan tidak menjadi, malam suram pasukan The Blues bermula dengan tewas kepada pasukan Brendford dalam saingan liga minggu lalu sebelum berdepan laluan getir awal pagi semalam.

Ia seakan berlarutan apabila pasukan ini menampilkan aksi yang sangat longlai ketika berdepan juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid.

Barisan pertahanan yang diketuai oleh pemain berpengalaman, Thiago Silva jelas kelihatan gagal untuk mengekang kemaraan barisan serangan Real Madrid.

Hasilnya, penyerang kebangsaan Perancis, Karim Benzema berjaya meledak tiga gol untuk mengesahkan kemenangan 3-1 pada suku akhir pertama ini.

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh penyerang muda Jerman, Kai Havertz.

Chelsea berdepan tugas berat untuk menutup kelebihan yang dimiliki oleh gergasi Sepanyol itu untuk layak ke pusingan seterusnya.