Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Pemain sayap lincah skuad negara, Faisal Halim baru-baru ini mendedahkan kehebatan dan kredibiliti yang dimiliki jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Advertisements

Faisal berpendapat bahawa Pan-gon merupakan jurulatih yang terbaik pernah melatih dirinya sejak berkecimpung di dalam arena bola sepak profesional.

Advertisements

“Selama saya bermain bola untuk 8 tahun di peringkat profesional, coach Kim (Pan-gon) adalah jurulatih yang terbaik yang pernah membimbing saya.

Advertisements

Advertisements

“Apabila kita turun berjuang, kita tidak fikir untuk kekalahan. Kita fikir untuk kemenangan mahupun seri. Itu yang ditekankan kepada kita. Karakter seperti harimau. Dia nak kita seperti harimau dan jangan jadi seperti budak sekolah,” tegas Faisal seperti yang disiarkan di Astro Arena.

Khidmat Faisal Halim dijangka bakal menjadi taruhan Kim Pan-gon bagi memecah tembok kebal Kyrgyzstan pada 16 November ini. Selain Faisal, Pan-gon turut membawa beberapa lagi pemain sayap lincah seperti Mohamadou Sumareh, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

Advertisements
Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Kyrgyzstan adalah pada Oktober 2018 untuk perlawanan persahabatan antarabangsa. Perlawanan yang diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu berakhir dengan keputusan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada Kyrgyzstan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram