Pasukan Arab Saudi muncul juara Piala Asia B-23 buat pertama kali selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Uzbekistan 2-0 di Stadium Milliy Stadioni malam tadi.
Dua jaringan terhasil pada separuh masa kedua yang dijaringkan oleh Ahmed Al-Ghamdi dan Feras Albrikan.
Pasukan tuan rumah bermula rancak apabila banyak memberi asakan pada separuh masa pertama namun gagal mendapatkan sebarang jaringan.
Ini merupakan kemenangan pertama Arab Saudi dalam pertandingan ini setelah muncul naib juara pada tahun 2013 dan 2020.
Saudi Arabia mencatatkan rekod tanpa bolos sepanjang enam perlawanan berlangsung.