Arab Saudi Tuan Rumah Piala Asia 2027
Dunia
The Oz Hub
Advertisements

Selepas Arab Saudi menjadi satu-satunya pembida hak tuan rumah Piala Asia 2027, ramai percaya negara itu akan dipilih sebagai tuan rumah kejohanan tersebut. Dan hari ini, ia disahkan dalam Kongres AFC Ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain.

Dengan keputusan ini, ini menjadikan Piala Asia bakal diadakan di negara itu buat kali pertama. Arab Saudi mempunyai sejarah tersendiri dengan kejohanan berkenaan kerana pernah menjulang trofi berprestij itu sebanyak tiga kali pada 1984, 1988 dan 1996.

Dalam ucapannya di kongres hari ini, Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) kerana dipilih sebagai tuan rumah edisi 2027.

Advertisements

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) kerana terpilih sebagai tuan rumah Piala Asia 2027.

“Ini merupakan kali pertama kejohanan ini diadakan di Arab Saudi dan kami tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan SAFF dan Kerajaan Arab Saudi bagi menjadikan Piala Asia edisi berkenaan diingati penyokong dan pemain pada 2027,” katanya.

Bagi SAFF menerusi Presidennya, Yasser Al Misehal, ia satu penghormatan besar buat Arab Saudi kerana dipilih sebagai tuan rumah Piala Asia 2027.

Advertisements

“Ini merupakan saat yang menggembirakan bagi bola sepak Asia dan kami merasa gembira dipilih sebagai tuan rumah Piala Asia AFC 2027.

“Sebagai pemenang kejohanan sebanyak tiga kali, kami mempunyai sejarah hebat dalam kejohanan, tetapi fokus kami ialah masa depan dan membangunkan sukan bola sepak di seluruh Asia.

“Inilah masa untuk membawa bola sepak Asia ke tahap lebih tinggi dan usaha kami sebagai tuan rumah akan mengutamakan matlamat tersebut.

Advertisements

“Kami merasa rendah diri dan bangga dengan keyakinan yang ditunjukkan AFC dan ahli-ahli persatuan ke atas kami, dan kami bersedia menjadikan kejohanan ini yang sukar untuk dilupakan,” katanya.

Sebelum ini, empat persatuan menunjukkan minat sebagai tuan rumah Piala Asia 2027 iaitu Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI), Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dan Persatuan Bola Sepak Uzbekistan (UFA).

Atas sebab itu, Shaikh Salman mengucapkan terima kasih kepada empat negara ahli AFC itu kerana menyatakan minat sebagai tuan rumah Piala Asia 2027.

Advertisements

“Sekarang ini, Qatar sudah bersedia sebagai tuan rumah Piala Asia AFC 2023 dan daripada apa yang kami lihat di Piala Dunia FIFA, saya diberi jaminan kita akan melihat festival bola sepak yang indah.

“Lebih daripada itu, kami tahu Qatar 2023 akan memperkukuh asas kejohanan buat Arab Saudi agar dapat mengatasi jangkaan kami pada 2027,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram