Advertisements
Arctic Open: Sze Fei-Izzuddin Selangkah Ke Final, Singkir Beregu Keenam Dunia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan beregu keenam dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.

Kemenangan tersebut membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu kelapan dunia untuk mara ke separuh akhir Arctic Open 2024.

Aksi juara China Open 2024 itu dengan beregu lelaki utama Indonesia itu cukup dinantikan peminat badminton kedua-dua negara. Ini ditambah dengan fakta Sze Fei-Izzuddin menyingkirkan Fajar-Rian dalam di pentas Japan Open 2024 itu.

Kejohanan itu menyaksikan juara All England 2024 itu terpaksa akur dengan kehebatan regu negara menerusi keputusan 21-16, 10-21, 21-16.

Set pertama menyaksikan kedua-dua regu saling berkejaran untuk mendapatkan mata. Beberapa kesilapan yang dilakukan Fajar-Rian membuka ruang buat Sze Fei-Izzuddin mendahului pada kedudukan 12-9.

Beregu Indonesia itu kemudiannya berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 17-17. Kedua-dua beregu terus memberi saingan sengit sebelum Sze Fei-Izzuddin meraih kemenangan dengan keputusan 23-21.

Set kedua menyaksikan beberapa kesilapan yang dilakukan Fajar-Rian membuka ruang buat regu negara mendahului pada kedudukan 11-8.

Bekas juara Malaysia Open 2023 itu cuba mengejar dengan mempamerkan corak permainan pantas dan agresif. Fajar-Rian kemudiannya mendahului pada kedudukan 16-13.

Sze Fei-Izzuddin kembali mengejar dan menyamakan kedudukan 16-16. Walau bagaimanapun, Fajar-Rian memenangi pertarungan set kedua dengan keputusan 21-19 sekaligus mengheret perlawanan ke set ketiga.

Set ketiga menyaksikan Sze Fei-Izzuddin mendahului pada kedudukan 11-5. Ini disebabkan beberapa pukulan yang cuba direncana Fajar-Rian tersangkut di jaring atau keluar dari gelanggang.

Meskipun cuba dikejar beregu keenam dunia itu, Sze Fei-Izzuddin memastikan kemenangan milik mereka dengan keputusan 22-20.

Ini menyaksikan beregu kelapan dunia itu menjadi wakil pertama Malaysia yang layak ke separuh akhir Arctic Open 2024. Kemaraan mereka dijangka diiringi salah satu daripada beregu campuran negara.

Ini selepas Goh Soon Huat dan Shevon Lai berjaya menewaskan Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin dalam aksi suku akhir beregu campuran.

Sze Fei-Izzuddin bakal menanti pemenang satu lagi aksi suku akhir membabitkan rakan senegara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dan pilihan utama kejohanan, Liang Wei Keng dan Wang Chang.