Ads
Arie Sham Bangga Dengan Pencapaian Mengejut TKKR Racing Team
UltraSukan
Arie Sham

Pengurus pasukan TKKR Racing Team, Arie Sham merasa amat gembira melihat pencapaian pasukan itu dalam pusingan terbaru Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Motegi, Jepun hari ini.

Advertisements

Pelumba Jepun, Sho Nishimura mencipta kejutan dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) apabila muncul juara perlumbaan pertama kategori itu hari ini.

Advertisements

Nishimura mengatasi cabaran pelumba Honda Asia-Dream Racing Team dari Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah. Sementara rakan sepasukan, Azlan Shah Kamaruzaman menduduki tempat kelima.

Advertisements
Advertisements

Kejayaan ini amat manis buat Arie Sham kerana beliau tidak meletakkan sebarang harapan buat pasukan itu bila bersaing di Jepun pada minggu ini.

Selain berdepan isu kewangan dan perlu menggunakan jentera lama, TKKR Racing Team juga tidak meletakkan sebarang tekanan kepada Nishimura. Ini kerana pelumba Jepun itu memiliki sedikit pengalaman menggunakan jentera BMW pasukan itu.

Advertisements

Justeru, kejayaan hari ini disifatkan satu rezeki buat TKKR Racing Team. Dan ini memberi semangat kepada Arie Sham untuk terus mengetuai pasukan itu agar lebih menyerlah di pentas antarabangsa.

“Alhamdulillah sebak gila aku dengan keputusan hari ini. Satu sebab dalam perancangan memang kami tak ke Jepun. Tapi krew usahakan jugak sebab kebetulan Azlan (Shah Kamaruzaman) ada di Jepun untuk untuk uji motosikal.

“Jadi, sudah jimat bajet sedikit untuk satu pelumba dan dua krew (pasukan). Motor baru sudah ada (tapi) sebab duit penghantaran kami gagal usaha, jadi pakai juga motor lama.

“Aku sampai cakap dengan krew, ‘Kita bakal pergi jalan-jalan saja ke Jepun ini.’ Sebab Sho (Nishimura) baru dua kali bawa (jentera) 1000cc ini. Satu Jepun hairan dia boleh menang hari ini.

“Tapi itulah dia, benda yang orang banyak tak tahu betapa krew TKKR ini orang Malaysia. Kalau krew tak bagus, tak menang juga. Motivasi tinggi untuk aku teruskan usaha walaupun nama TKKR nampak macam nak karam. Terima kasih semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Advertisements

TKRR Racing Team berpeluang menambah satu lagi kejayaan dalam kategori ASB1000 menerusi perlumbaan kedua yang berlangsung esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram