Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencuri rumpuan apabila jaringannya ketika menewaskan Lokomotiv Moscow menggegar sehingga koyak jaring.
Bintang muda sensasi ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi dengan cukup baik.
Pemain berusia 21 tahun itu cemerlang membentuk gandingan yang cukup serasi bersama Bergson dan Fernando Forestier di samping Juan Muniz bagi mengemudi jentera serangan.
Namun begitu, jaringan Arif Aiman terus mendapat perhatian ramai setelah beliau membuat satu larian sebelum melepaskan satu rembatan mengelirukan lawan.
Gol tersebut pada awalnya kelihatan seperti tidak memasuki gawang kerana bola berhenti di bahagian luar namun hakikatnya terdapat kebocoran pada jaring gol tersebut.
Jaringan tunggal ini menyaksikan anak buah Tano Solari mencatat kemenangan ke-3 berturut-turut dalam aksi pra-musim.
JDT bakal berdepan gergasi Eropah, Zenit St Petersburg bagi aksi terakhir pra-musim 2023.