“Asal La Angkat Beg Basuh Kasut Jadi Isu” – Akram Mahinan
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan isu pemain junior mengangkat beg dan membasuh kasut pemain senior yang dibangkitkan baru-baru ini sebagai satu isu biasa.

Isu ini timbul selepas seorang bekas pemain bola sepak mendakwa dirinya dibuli oleh pemain senior termasuk disuruh mengangkat beg dan membasuh kasut mereka.

Bagi Akram, isu ini tidaklah serius seperti yang dikatakan. “Asal lah (kenapalah pemain junior) angkat beg (dan) basuh kasut jadi isu,” katanya di X.

Advertisements

Tidak lama selepas ciapan itu dinaikkan, ramai pengguna X kurang bersetuju dengan kenyataan bekas pemain KL City FC itu.

Seorang pengguna X, Hisyam menyifatkan kenyataan sebegitu seolah-olah memberi sokongan kepada budaya berkenaan.

“Yang dibuli dikecam, yang membuli disanjung. Terbaik bang. Semoga terus istiqamah,” katanya. Lantas, perkara itu disanggah Akram.

Advertisements

Ini kerana tindakan pemain-pemain muda membantu mengangkat beg sebenarnya membantu kitman bertugas. Bagi pemain berusia 31 tahun itu, itu bukan satu isu.

“Bab angkat beg itu kalau pergi ke (perlawanan tempat lawan), budak-budak muda tolong kitman. Itu jadi isu, saya pening sedikit bab itu,” tambahnya.

Akram turut mendedahkan barisan pemain tanpa mengira usia saling menolong antara satu sama lain terutama bila mengembara ke tempat lawan.

Advertisements

Malah, beliau juga tahu pemain senior tidak lokek berbelanja dalam membantu dan menjaga kebajikan rakan sepasukan terutama pemain muda.

“Benda kecil saja bos. (Pemain-pemain) senior ini jugalah kalau pemain muda, mereka belanja makan selalu,” ujarnya.

Akram turut menegaskan isu yang dibangkitkan itu bukan isu baru. Ini kerana perkara ini pernah dilaluinya semasa memulakan karier sebagai pemain bola sepak.

Advertisements

Malah, Akram merasakan perkara itu tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan. “Taklah, benda (ini) sudah lama kami lalui. Taklah teruk macam mana dia tulis itu. Sadis betul,” katanya bila ditanya oleh seorang pengguna X lain.

Akram kini beraksi bersama Terengganu selepas memilih meninggalkan KL City pada akhir musim 2023.

Kelibatnya dijangka dapat dilihat penyokong Peteh apabila mereka turun menentang Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk aksi pertama Liga Super pada 11 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram