Asheer Shafiq Sertai OFK Petrovac Di Montenegro
Eropah
MakanBola
@proglobalsport
Advertisements

Selepas Luqman Hakim Shamsudin dan R. Kogileswaran, seorang lagi pemain muda Malaysia memilih berkelana ke luar negara. Ini selepas bekas penjaga gol KL City, Asheer Shafiq menyertai kelab Montenegro, OFK Petrovac semalam.

Pengumuman penyertaan penjaga gol berusia 19 tahun itu ke The Sky Blues dibuat oleh Proglobal Sports Management menerusi Instagram semalam. Bagaimanapun, tempoh kontraknya bersama kelab berkenaan tidak didedahkan.

Selain KL City, Asheer pernah beraksi bersama pasukan bawah 19 tahun PDRM. Dia dijangka bakal menjadi penjaga gol sokongan kepada dua penjaga gol Petrovac, Ljubomir Durovic dan Sergej Joksimovic.

Advertisements

Perpindahan ini bukan sekadar peluang buat Asheer menimba pengalaman dan ilmu semasa berkelana di Montenegro.

Malah, ia diharap mampu menjadikannya sebagai penjaga gol yang lebih baik jika dipanggil menyertai skuad kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun negara.

Advertisements

News Comments Account