Asian Games: Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee Sumbang Satu Pingat Buat Malaysia
UltraSukan
Astro Arena
Advertisements

Penerjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri meneruskan kecemerlangan dalam acara terjun Sukan Asia 2023 dengan meraih pingat perak acara 3 meter papan anjal serirama bersama Ng Yan Yee.

Selepas meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama wanita semalam bersama Datuk Pandalela Rinong, beliau dan Yan Yee menggalas cabaran dalam acara 3 meter papan anjal wanita.

Biarpun berdepan saingan daripada empat negara lain termasuk tuan rumah China, Dhabitah-Yan Yee menampilkan aksi terjunan yang cemerlang. Terjunan pertama mereka memastikan wakil negara meraih 270.27 mata di tempat kedua.

Advertisements

China terus cemerlang dengan meraih pingat emas menerusi gandingan Chen Yiwen-Chang Yani. Gandingan ini berjaya mengutip 335.73 mata.

Sementara penerjun Korea Selatan, Park Ha-reum dan Kim Su-ji pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mengutip 253.56 mata.

Ini menjadikan tiga pingat dalam genggaman kontinjen negara untuk acara terjun.

Advertisements

Selain gandingan Dhabitah-Yan Yee dan Dhabitah-Pandalela, gandingan Ooi Tze Liang-Muhammad Syafiq Puteh turut menyumbang pingat gangsa untuk acara 3 meter papan anjal lelaki.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram