Asian Games: Regu Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Korea Selatan
UltraSukan
PSM
Sponsors

Skuad sepak takraw Malaysia sah mara ke separuh akhir selepas mengatasi Korea Selatan 3-0 dalam aksi kedua regu berpasukan Kumpulan B hari ini.

Selepas hampir dikejutkan Indonesia semalam, barisan pemain diketuai Adam Farhan, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Ad

Atas sebab itulah, regu pertama negara berjaya mengatasi cabaran regu Korea Selatan dengan kemenangan set pertama 21-15. Kemenangan pertama diraih Malaysia apabila mereka meraih kemenangan set kedua 21-11.

Ad

Korea Selatan cuba bangkit dalam perlawanan kedua dengan memenangi set pertama 21-17. Begitupun, regu kedua Malaysia kekal tenang dengan memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-18, 21-19.

Dengan kemenangan sudah dijamin, regu ketiga negara tidak berdepan tekanan bila turun beraksi dalam perlawanan ketiga. Dan ini dibuktikan dengan kemenangan straight set 21-10, 21-12.

Ad

Kini, fokus anak-anak buah Ahmad Jais Baharom ialah aksi separuh akhir yang berlangsung esok di mana mereka akan menentang Laos yang layak sebagai naib juara Kumpulan A.

Ad