Asnawi Hebat, Sumbat Gol Pertamanya Di Korea Selatan
Asia
goal.com
Advertisements

Pemain kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam menyerlah di Liga 2 Korea selepas menjaringkan gol pertamanya bersama kelab Ansan Greeners sebentar tadi.

Asnawi yang beraksi di posisi sayap kanan buat Ansan Greeners menjaringkan gol tersebut pada minit ke-88 permainan yang seterusnya membantu kemenangan 3-1 Ansan Greeners ke atas Gimpo FC.

Gol tersebut terhasil selepas Asnawi menerima hantaran dari Kim Kyung Jun. Asnawi melalui melakukan gelecekan dengan cut inside dan melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti.

Advertisements

Jaringan tersebut merupakan jaringan sulung Asnawi di Liga 2 Korea sejak menyertai Ansan Greeners sejak Februari 2021. Pada musim ini, Asnawi sudah beraksi 15 perlawanan liga bersama kelabnya. Ansan Greeners kini berada di tangga ke-9 liga daripada 12 pasukan yang bertanding.

Asnawi merupakan satu-satunya bintang bola sepak Indonesia yang melebarkan sayap di Korea Selatan. Bersama pasukan kebangsaan Indonesia, pemain berusia 22 tahun ini sudah mengumpul 21 kaps dan mencetak satu gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram