Aksi Asnawi Mangkualam ‘Ayam-Ayamkan’ Pemain Korea
Asia
Photo: K-League
Advertisements

Pemain bintang muda berbakat Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar sekali lagi mencuri perhatian menerusi aksi luar biasa ketika pasukannya, Anhar Greeners menentang Bucheon FC dalam saingan Liga K-League 2 minggu ini.

Pemain yang beraksi di posisi bek kanan ini diberi kepercayaan sepenuhnya oleh jurulatih apabila tampil sepanjang 90 minit sebagai kesebelasan utama pasukan.

Asnawi juga dilihat cukup selesa bermain dalam percaturan 3 pertahanan tengah apabila beliau bertindak selaku ‘wing-back’ dalam perlawanan ini.

Advertisements

Pemain muda Indonesia ini memperagakan persembahan yang bertenaga yang mencetuskan kepada gol pertama pasukannya.

Aksi luar biasanya menerobos masuk ke dalam kotak penalti pada minit ke-53 mencetuskan kepada gol pertama pasukan pelawat.

Ketika pasukan dilihat tersentak apabila dibolosi 3 gol tanpa balas, pemain berusia 21 tahun ini meluru ke dalam kotak penalti lawan untuk melepasi beberapa orang yang sedang mengawalnya. Larian deras beliau akhirnya menghadiahkan sepakan penalti buat pasukannya.

Advertisements

Sungguhpun pada perlawanan tersebut, pasukan yang diwakili Asnawi, Ansan Greeners tewas 4-3 kepada pasukan tuan rumah, namun bintang muda ini menunjukkan peningkatan permainan yang sangat baik.

Berdasarkan data oleh Sofascore, Asnawi mendapat penialain 7.2 iaitu ketiga tertinggi setelah Kim Ryun-do, 8.7 dan Lee Sang-min 7.5.

Beliau juga berjaya melakukan 79% ketepatan hantaran (22 dari 28) sambil menghasilkan 2 ciptaan peluang serta melakukan 3 percubaan.

Advertisements

Lihat video di bawah untuk menyaksikan aksi berbahaya Asnawi Mangkualam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram