Aston Villa Sudah Jumpa Pengganti Jack Grealish
EPL
Photo: Getty Images
Advertisements

Aston Villa telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Jamaica, Leon Bailey ke England.

Menurut satu ciapan twitter Fabrizio Romano, Bailey ditawarkan kontrak selama lima tahun di Aston Villa. Mereka juga akan mencapai perjanjian dengan beberapa syarat peribadi yang akan diumumkan pada minggu hadapan. 

Pemain sayap itu telah memberikan aksi yang luar biasa bersama pasukannya, Bayer Laverkusen pada musim 20/21 di Bundesliga. Bailey berjaya menjaringkan 9 gol dan 8 bantuan gol setakat 30 penampilan. 

Advertisements

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pemain skuad Jamaica yang berjaya layak ke suku akhir Piala Emas sebelum disingkarkan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat dalam kekalahan 1-0.

Menurut SkySports, Bailey sebelum ini dikatakan layak bermain untuk pasukan kebangsaan England kerana kedua-dua datuk dan neneknya mempunyai passport negara England. Beliau juga telah mendapat perhatian Gareth Southgate sebelum beliau memilih untuk mewakili negara asalnya, iaitu Jamaica.

Pengumuman mengenai kedatangan Leon Bailey ke Aston Villa akan diberitahu kelak, berikutan Aston Villa dikatakan menerima tawaran Manchester City untuk mendapatkan Jack Grealish. Jadi sama-sama kita nantikan ! 

Advertisements

Berita ini pasti akan membuatkan Jack Grealish susah hati.

Saksikan kehebatan Leon Bailey yang menggegarkan Bundesliga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram