Advertising
Atlet Muda Banggakan Malaysia Di Perancis
UltraSukan
Fathim Ridayu

Dua orang atlet muda Malaysia cemerlang mengharumkan nama negara dalam sukan memanah berkuda (Horseback Archery) apabila meraih kedudukan podium di Perancis.

Abdurrahman Ahmad Mu’az dan adiknya, Heba Nusaybah cemerlang dalam kategori umur masing-masing pada kejohanan yang diadakan di Gauchoux, Perancis hujung bulan lalu.

Ad

Kejayaan dua beradik ini dikongsikan oleh ibu mereka, Fathim Ridayu menerusi aplikasi Tiktok yang menyaksikan hanya Abdurrahman dan Nusaybah sahaja wakil negara di sana.

Ad

Walau bagaimanapun, ini tidak menjadi penghalang untuk Abdurrahman meraih tempat pertama bagi ketegori bawah 14 tahun manakala Nusaybah pula muncul naib juara bagi kategori bawah 12 tahun.

Difahamkan juga, terdapat lebih 110 peserta dari 16 negara seperti Perancis, Turki, Indonesia, Sepanyol dan lain-lain lagi yang turut sama menyertai kejohanan yang bermula pada 21 Ogos lalu.

Ad

Ketika ditemu bual oleh stesen radio Era, Abdurrahman mengakui bahawa segala kos untuk menyertai kejohanan ini merupakan perbelanjaan sendiri hasil penjualan kuih raya.

Ad

”(Pergi ke Perancis) dengan adik (perempuan) dan mak,” ujar Abdurrahman kepada penyampai radio, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin.

Ad

”Ya (dana ke Perancis adalah hasil penjualan kuih raya),” ujar Abdurrahman tanda mengiyakan pertanyaan tentang kos perbelanjaan ke sana.

Abdurrahman juga berkongsi mengenai perancangannya bagi menyertai sebuah kejohanan memanah berkuda yang bakal berlangsung di Indonesia pada penghujung tahun ini.