Seorang atlet dilaporkan mengalami muntah-muntah selepas berenang di Sungai Paris.
Atlet tersebut merupakan bintang Trialtlon Kanada, Tyler Mislawchuk yang muntah selepas menyelam di dalam Sungai Seine, Paris dalam acara Trialtlon di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut satu laporan Unilad, Mislawchuk yang berada di tempat ke-9 acara itu tiba-tiba muntah dengan teruk di seluruh trek dan insiden ini sempat dirakam melalui kaca televisyen.
Mislawchuk baru sahaja melintasi garisan penamat selepas menamatkan renangan hampir 1.6 kilometer di Sungai Seine tersebut yang merentasi kota Paris apabila insiden itu berlaku.
Pertandingan triatlon itu memerlukan peserta untuk menyertai semua aktiviti dalam satu masa yang melibatkan berenang 1.5 kilometer, kayuhan basikal sejauh 40 kilometer dan larian terakhir sejauh 10 kilometer.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak menyesal menyelam di sungai berkenaan walaupun terpaksa muntah 10 kali kerana tujuannya adalah untuk mendapatkan pingat emas, dan bukanlah berada di tempat 10 teratas tersebut.
Bercakap kepada pemberita, Mislawchuk mengaku muntah sebanyak 10 kali selepas menyudahkan acara yang kembali disertainya selepas mengalami kecederaan.
“Saya tidak datang ke sini untuk menjadi kalangan 10 atlet terbaik, akan tetapi telah memberikan semua yang saya mampu,” ujar Mislawchuk.
“Saya muntah 10 kali dan tidak menyesal,” katanya.
Pingat emas bagi acara ini menjadi milik Alex Yee dari Great Britain selepas berjaya memintas Hayden Wilde dari New Zealand pada segmen akhir perlumbaan dengan catatan masa 1 jam, 43 minit dan 33 saat.