Australia & Arab Saudi Jadi Pilihan Bertemu Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia dijangka akan terus melakukan persiapan terbaik sebelum melangkah ke Piala Asia Januari tahun hadapan.

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, skuad negara dijangka akan mengadakan beberapa siri persahabatan pada awal tahun hadapan sebelum ke Piala Asia.

Umum mengetahui bahawa Harimau Malaya diundi dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam misi untuk mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements

Perancangan rapi sudah tentu dilakukan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan ini yang mahu memastikan anak buahnya dalam keadaan bersedia sepenuhnya.

Berdasarkan laporan tersebut, skuad kebangsana dijadualkan berdepan Oman pada 8 atau 9 Januari 2023 di Doha, Qatar.

Bukan itu sahaja, beberapa pasukan gergasi Asia difahamkan berada dalam radar Pan-gon dengan pasukan Piala Dunia, Arab Saudi dan Australia turut menjadi pilihan bertemu Malaysia.

Advertisements

Ameriah Arab Bersatu (UAE) juga dalam pertimbangan FAM untuk menguji kekuatan sebenar Harimau Malaya.

Malaysia akan bertemu dengan Jordan bagi aksi pertama pada 15 Januari 2024 dengan persiapan rapi dilakukan termasuklah bertemu dengan Yemen dan Kepulauan Solomon Jun ini di Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram