Ayron Del Valle ‘Potong’ Fernando Forestieri
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Perebutan kasut emas Liga Super 2023 berlangsung rancak apabila penyerang sensasi Selangor FC, Ayron Del Valle kini memastikan kedudukannya dalam landasan terbaik.

Bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Richmond Boakye.

Pemain berusia 35 tahun itu mempamerkan kalibernya selaku peledak utama pasukan apabila menjaringkan 4 gol ketika membelasah Kelantan FC, 11-2 di tempat lawan.

Advertisements

Dua jaringan pada babak pertama disusuli dengan dua jaringan pada separuh masa kedua melengkapkan koleksi 21 gol dalam 22 perlawanan Liga Super musim ini.

Jumlah tersebut memastikan beliau telah pun memintas kedudukan pendahulu sebelum ini, Fernando Forestieri yang mengumpul 17 gol.

Advertisements

Bintang JDT itu bagaimanapun terpaksa berehat panjang susulan kecederaan yang ditimpanya ketika aksi final Piala FA tempoh hari.

Kedudukan beliau bagaimanapun masih belum selamat tatkala seorang lagi rakan sepasukan di JDT, Bergson Da Silva kini sedang dalam momentum terbaik dengan 14 gol.

Advertisements

Kemenjadian Ayron menyaksikan Selangor mengukuhkan kedudukan tempat ke-2 dengan 49 mata, 6 mata meninggalkan Kedah Darul Aman di tangga ke-3.

Kepulangan pemain sayap sensasi, Faisal Halim juga menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk terus merekodkan kemenangan bagi memburu slot ke Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram