Advertisement
Azalinullah Alias Harap Mimpi Ngeri Tak Berulang Lagi
Dunia
MakanBola
TFC

Pemain tengah Terengganu FC, Azalinullah Alias yang sebelum ini telah disahkan mengalami 3 kali kecederaan di ligamen ‘anterior cruciate’ (ACL) ketika berada di puncak prestasi tidak akan berulang lagi.

Azalinullah dilihat sudah mula diturunkan oleh pasukannya dalam usaha untuk membantu pemain tersebut kembali ke prestasi sebenarnya walaupun beliau merasa rugi tidak dapat beraksi satu musim bersama TFC.

Namun begitu, itu bukan penghalang baginya kerana beliau sudah memulakan latihan sejak musim yang lalu cuma belum ada rezeki lagi untuknya bermain bersama pasukan.

“Selain saya ingin merebut tempat dalam pasukan, perkara yang turut jadi keutamaan adalah saya tidak mahu cedera teruk seperti itu lagi.

“Cukuplah tiga kali saya berdepan ACL dan kalau kena lagi, memang rugi apabila satu musim tidak dapat bermain,” katanya.

Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, beliau bersikap positif dan cuba untuk membina kembali kecergasan sebaik mungkin untuk pulih sepenuhnya sekaligus ia akan beraksi pada 4 Mac ini jika diberikan peluang.

“Saya memang sudah mula berlatih sejak Piala Malaysia pada musim lalu, cuma tidak diberi peluang lagi untuk beraksi.

“Jadi, dari situ saya cuba untuk mendapatkan kembali kecergasan yang terbaik selepas tidak bermain selama satu musim,” katanya kepada MFL.